Pusat Sumber Paling Inovatif
sk jalan baharu
Pusat Sumber Sekolah Jalan Baharu terletak di daerah Kerian,Perak.Ianya menjadi tempat tumpuan murid-murid SK Jalan Baharu untuk mencari bahan bacaan dan bahan rujukan yang berbentuk ilmiah. Pada tahun ini merupakan projek penambahbaikan dari segi dekorasi Pusat Sumber serta memperkenalkan satu aplikasi iaitu Aurasma yang menggunakan teknik augmented reality(AR).Dengan mengimbas imej AR pada rak buku melalui aplikasi Aurasma menggunakan telefon pintar, video multimedia ringkas akan ditayangkan.