Mural Paling Kreatif
sk bagan pasir
Mural SK Bagan Pasir telah dilukis dan dihasilkan di bangunan makmal komputer sekolah. Mural yang dilukis dan dihasilkan menggambarkan kami berada di kawasan Teluk Intan , Perak. Mural SK Bagan Pasir bertemakan "sehati sejiwa" yang digambarkan melalui terowong hati. Sehati sejiwa bermaksud guru, pelajar dan sekolah (GPS) sehati sejiwa menuju satu arah dan matlamat seterusnya menggapaikan kejayaan yang cemerlang dan bebas berterbangan seperti belon yang digambarkan. Alhamdulillah, walaupun dalam masa 2 minggu yang diperuntukan bersama murid-murid tahun 6 dan memenuhi aktiviti selepas UPSR terhasillah mural sehati sejiwa ini. Sebagai kenangan yang ditinggalkan oleh murid-murid tahun 6 tersebut. Semoga mural ini memberi gambaran dan semangat kepada semua warga SK Bagan Pasir.
734902 undi