sk bagan pasir
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. Bagan Pasir telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 1437 Hijrah yang julung-julung kalinya menghimpunankan pelbagai lapisan masyarakat. Murid-murid SKBP yang seramai 160 itu, sebelum ini hanya menyaksikan perarakan seumpamanya di kaca televisyen berpeluang merasai pengalaman sebenar berarak, biarpun perarakan tersebut hanya mengelilingi taman perumahan berhambiran sekolah. Lebih menarik apabila perarakan sempena sambutan Maulidurrasul tersebut turut disertai komuniti-komunit setempat seperti Pasukan Rela, Rukun Tetangga, Jiran Wanita, Belia dan juga jemaah masjid berhampiran.
Penganjuran majlis tersebut telah memberi pengalaman baru kepada murid-murid luar bandar ini. Mereka amat teruja dengan pengalaman baru ini yang mungkin biasa kepada murid-murid di bandar.
Kesepaduan semua pihak telah memberi impak yang amat baik kepada pihak sekolah untuk memastikan visi dan misi sekolah mampu dicapai dengan jayanya.