sk bagan pasir
Tandas Bersih dan Ceria SK Bagan Pasir dapat memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan warga sekolah SK Bagan Pasir. Pelbagai usaha dibuat untuk menyemarakkan lagi kepentingan dan kegunaan tandas di sekolah.Penyediaan kemudahan tandas yang baik dan kondusif supaya moto 'Tandasku Bersih dan Cantik' akan melahirkan satu budaya 'Sayangi Tandas Kita'.Tandas yang kondusif boleh dijadikan amalan yang berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan kesihatan terutama dalam diri murid.