sk kenayat
Kantin SK Kenayat merupakan kantin sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 18km dari bandar Gerik.Kantin ini mendapat anugerah premis makanan gred A tiga tahun berturut-turut.Kantin ini banyak memberi keselesaan kepada warga sekolah terutamanya kepada murid-murid dari segi jualan yang menepati citarasa dengan harga yang berpatutan,tempat duduk yang selesa dan kebersihan yang sentiasa dijaga oleh pengusaha kantin serta kemudahan lain yang telah disediakan.Selain itu kantin ini juga menyediakan pelbagai sudut yang menarik seperti sudut media elektronik,sudut muzik,sudut warisan,sudut risalah/bacaan/maklumat dan sudut pendidikan poster. Sudut-sudut ini banyak memberi maklumat dan informasi kepada semua warga sekolah khasnya murid-murid.