Sarana/PIBG Paling Hebat
sk teluk kepayang
Sekolah kebangsaan Teluk Kepayang telah ditubuhkan pada tahun 1913 di kampung Telok Kepayang, Bota Perak dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster kecemerlangan Fasa 8 pada 26 Jun 2014. Berkat usaha gigih dan kerjasama dari para pendidik, ibubapa dan murid-murid, SK Teluk Kepayang telah dinobatkan sebagai sekolah Kluster dengan dua kebitaraan iaitu Bahasa Inggeris dan Pengakap. Semestinya kerjasama yang jitu dari PIBG sekolah ini sangat diharapkan. Tidak dinafikan kerjasama dari PIBG turut meringakan tanggungjawab pihak sekolah untuk mencapai sasaran dan objektif menyediakan sekolah yang gemilang untuk melahirkan murid yang cemerlang. Ukhwah yang terjalin telah memudahkan pihak sekolah untuk menzahirkan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang, kelas yang kondusif, tandas yang bersih dan sambutan hari kemerdekaan yang meriah. Harapan menggunung , agar tuan/puan dapat mengundi Sarana PIBG sekolah kami..
248582 undi