sjk(t) ladang behrang river
PIBG SJKT Ladang Behrang River merupakan PIBG yang beronsepkan kerjasama komuniti. Sarana yang berpusatkan komuniti di mana kerjasama yang terbaik dengan kumpulan warga sekolah, masyarakat setempat, NGO, pemimpin masyarakat dan badan-badan kerajaan tempatan. Sarana sekolah ini telah memberi peluang makan secara percuma, tiada yuran sekolah dan perkhidmatan van ke sekolah secara separuh harga. Malah buku latihan juga percuma diberikan. Semua murid di sini amat bertuah kerana mempunyai kumpulan sarana yang amat komited dalam membentuk kemenjadian anak murid sebagai seorang yang seimbang dan sempurna sebagai warga Malaysia. Gabungan tenaga antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat iaitu Ahli Parlimen, ADUN, pemimpin masyarakat, usahawan, dermawan, orang perseorangan malah masyarakat sekitar telah membawa nama baik sarana sekolah ini ke tahap yang amat effisen. Pernah merangkul anugeah PIBG cemerlang seanyak 2 kali malah telah menjadi tuan rumah bagi banyak program peringkat setempat, negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini adalah usaha sama guru besar, YDP PIBG, guru-guru, kakitangan sekolah dan pemimpin yang mempercayai kepimpinan sekolah yang berteraskan dasar kemenjadian anak-anak bangsa Malaysia yang cemerlang dan gemilang untuk masa hadapan mereka.