Mural Paling Kreatif
sjk(t) ladang sabrang
Lukisan mural di dinding sekolah memang menjadi satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari dunia kanak-kanak. Lukisan mural bukan sahaja untuk keceriaan tetapi kadang kala untuk menyampaikan mesej kepada murid-murid secara tidak langsung. Oleh itu, warga SJK(T) Ladang Sabrang telah bercadang untuk mengekspresikan dinding utama sekolah dengan mural yang berinfomasi. Mural yang dilukis ini bertemakan murid, guru dan sekolah yang berada dibawah dunia abad ke-21. Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Perkara ini dapat dilihat pada lukisan mural otak manusia yang mempunyai pemikiran seseorang individu perlulah menjurus kepada fokus, berkemahiran teknologi dan maklumat, kreatif dan sebagainya. Penggunaan warna yang berlainan bukan sahaja sebagai ekspresi seni tetapi turut melambangkan pembelajaran abad 21 yang memerlukan semua pihak berinovasi. Bagi ikon-ikon yang dilukis dibawah pula menunjukkan simbol yang menjadi tangga utama dalam pencapaian abad ke 21. Setiap ikon-ikon yang dilukis ini memainkan peranan yang penting bagi murid-murid untuk berjaya dalam alam pendidikan. Terdapat juga logo ‘GPS Bestari’ di antara simbol-simbol tersebut bermaksud ia menjadi portal pilihan warga sekolah untuk mendapatkan pelbagai info yang berguna. Hasil kerjasama dan idea guru-guru SJK(T) Ladang Sabrang, mural itu telah berjaya direalisasikan untuk menyampaikan mesej yang ada disebaliknya.
555061 undi