smk changkat beruas
SMK CHANGKAT BERUAS kini mesra dipanggil myChangkat.Apabila seseorang meneriakkan myChangkat semua warga sekolah akan menjawab dengan penuh semangat we Care. Ilham penjenamaan semula myChangkat tercetus daripada penjenamaan semula myPPP yang buat pertama kali dilaungkan secara rasmi oleh pemimpin parti tersebut,Kayveas semasa Program Motivasi Perdana pada 10 Ogos lalu.
MyChangkat menggambarkan kepedulian warga sekolah kepada sekolah, sekaligus menanam rasa sayang kepada sekolah yang mereka berada di dalamnya.Mungkin usaha ini nampak kecil bagi sekolah yang sudah menempa nama, tetapi makna di sebaliknya sangat besar bagi myChangkat.
Dari sinilah tercetusnya idea Sudut Selfie kekal agar pelajar dan tetamu yang hadir boleh merakamkan gambar mereka sebagai kenangan. Selama ini pelajar disuruh menyayangi sekolah tetapi mereka sendiri tidak dibenarkan membawa kamera dan kalau dibenarkan pun tidak ada sesuatu yang unik yang boleh dirakamkan sebagai kenangan paling manis sepanjang mereka di sini.
Lagipun berselfie di satu sudut tertentu sudah menjadi trend sekarang. Kenapa tidak dimanfaatkan sahaja kewujudannya di sekolah sebagai cara untuk memotivasikan pelajar dan menarik mereka minat dating ke sekolah.
Atas tujuan tersebut, Pengetua membenarkan pelajar memakai pakaian Hari Raya atau pakaian kebangsaan masing-masing semasa program Kenduri Raya pada 29-7-2016 yang terakam dalam sejarah apabila tetamu kehormat Dr Zabry Adun Terong turut teruja bergambar bersama-sama. Maka mulai hari itu sudut selfie sentiasa diberi nilai tambah sebagai sudut lanskap utama di sekolah.
Berbekalkan bahan kayu terbuang, bersama barangan lama idea direalitikan dengan sentuhan kreativiti dekorasi membentuk sebuah Sudut Selfie yang menggabungkan unsur tradisi, elemen kontempori dan ciri futuristik sekaligus membawa maksud yang lama tidak boleh diabaikan, cabaran semasa dihadapi penuh tekal dan masa depan dikejar sampai berjaya.
Elemen vintage yang diwakili basikal tua, telefon awam, sangkar burung dan lampu lama sebagai cara untuk menghargai nilai sejarah dan mereka yang berjasa sejajar dengan kedudukan Beruas sebagai pekan warisan yang kaya dengan nilai sejarah seperti kewujudan kerajaan Hindu Gangga Negara dan diikuti Kerajaan Islam Beruas.Sekaligus membawa maksud setinggi mana pun kejayaan yang diraih oleh warga sekolah ini,mereka tidak boleh memutuskan dirinya daripada asal usul dan sejarahnya.
Perletakan sudut di kawasan tangga utama sejajar dengan peribahasa Usaha Tangga Kejayaan yang membawa maksud kita harus mengambil sikap menaiki bukan berundur untuk Berjaya, namun kejayaan mesti bermula secara bertahap sebelum mencapai puncak yang diwakili oleh bumbung yang dihias berlatarkan kertas dinding yang mengangkat logo myChangkat.
Selain kedudukannya di laluan utama seperti Selat Melaka, sentuhan tatahias dengan gantungan bunga pada dinding papan bersama kata-kata pendorong pada dinding menjadi tarikan utama, seterusnya timbul rasa teruja untuk melihat sekolah dan mengambil kesempatan untuk merakamkan peristiwa di sini.
Bagi pelajar sendiri dengan gabungan variasi warna, pelbagai hiasan yang mengambil kira citarasa pelbagai kaum,di samping kata perangsang serta wujudnya Panduan Hala Tuju Kerjaya masa depan yang ditulis atas pada papan yang menunjukkan pelbagai arah menzahirkan suasana ceria untuk mereka merakamkan peristiwa di Sudut Selfie ini.