Pusat Sumber Paling Inovatif
smk alor pongsu
PUSAT SUMBER, PUSAT MAKLUMAT SETEMPAT Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu dibina bertujuan untuk menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan menjadikan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat seiring dengan wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Untuk merealisasikan matlamat ini, pusat sumber sekolah telah dihias, dikemas kini dan disediakan beberapa ruang dan bahan-bahan terkini supaya ianya mesra pengguna dan dapat digunakan oleh individu mahupun berkelompok. Antara ruang yang terdapat di dalam pusat sumber sekolah ini ialah ruang sirkulasi, ruang rak terbuka, ruang majalah dan akhbar, ruang rekreasi, ruang rujukan, ruang bacaan terbuka, ruang pameran bangunan tertinggi di dunia dan banyak lagi. Kesemua ruang ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan para pelajar dan pengguna mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. RUANG BACAAN SANTAI Ruang ini diwujudkan untuk memberi keselesaan kepada para pengguna baik pelajar mahupun guru untuk membaca dalam suasana santai dan selesa. Di bahagian ruang bacaan santai, turut disediakan rak akhbar dan majalah yang agak ‘ringan’ isi kandungannya. Bersesuaian untuk tujuan santai, pada ruang ini juga turut disediakan beberapa set permainan tradisional yang menyeronokkan disamping beberapa permainan yang menguji minda pemain. Antara permianan yang disediakan ialah congkak, sahibba, set chess, bongkah kayu dan banyak lagi. Ruang ini sedikit sebanyak mampu memberikan sedikit kelegaan kepada para pelajar yang berada dalam keadaan stress dalam pelajaran atau yang mengalami masalah-masalah tertentu. RUANG RUJUKAN TERBUKA Ruang ini menempatkan sekurang-kurangnya sembilan ribu buah buku meliputi pelbagai jenis buku yang disusun rapi mengikut kod dewey masing-masing. Kesemua buku boleh di baca dan dipinjam berbanding buku yang ditempatkan di ruang bacaan tertutup yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh dibawa keluar dari pusat sumber sekolah. Pada bahagian rak pertama ditempatkan buku-buku fiksyen bahasa melayu dan bahasa inggeris. Buku – buku fiksyen ini kebiasaannya akan dibaca dan dipinjam oleh ramai pelajar terutamanya buku novel ketika waktu NILAM atau ‘relief’. Pada ruang rujukan terbuka ini juga turut menempatkan buku ilmiah dan buku rujukan. Dalam ruang bacaan terbuka ini juga disediakan meja dan kerusi di samping kemudahan lampu dan kipas angin untuk memastikan pengguna selesa untuk mencari bahan bagi mengulangkaji atau membaca di ruang yang disediakan. RUANG PAMERAN BANGUNAN TERTINGGI DAN KAPAL ANGKASA DI CAKERAWALA Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu ini terletak di kawasan luar bandar. Rata-rata pelajarnya adalah dalam kalangan pelajar yang sederhana ekonominya. Atas inisiatif ini, guru perpustakaan dan media mewujudkan ruang pameran bangunan tertinggi dan kapal angkasa di cakerawala untuk memberi pengalaman kepada para pelajar untuk mengetahui, mempelajari dan melihat sendiri bangunan dan kapal angkasa tersebut dalam skala yang lebih kecil. Pelajar juga dapat mengetahui maklumat berkenaan bahan pameran tersebut kerana guru perpustakaan ada menerangkan sejarah dan asal usul bahan tersebut dibahagian papan pameran.
1 undi