Cikgu Paling Popular
smk seri setia
Cikgu Romie merupakan Guru Cemerlang Lukisan Kejuruteraan yang mengajar di SMK Seri Setia Teluk Intan. Lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Youtube’ aktif menghasilkan video pengajaran Lukisan Kejuruteraan dan Matematik. Video tutorial beliau boleh dicapai melalui www.cikguromie.net dan www.vtutor.cikguromie.net. Beliau telah menghasilkan lebih 900 video Lukisan Kejuruteraan dan lebih 1200 video Matematik Beliau pernah memenangi Guru Inovatif Kebangsaan pada tahun 2013 dan pernah mewakili Malaysia ke Brunei ke Pertandingan APICTA 2012. Pada tahun 2012 juga beliau memenangi Blog Pengajaran Terbaik Sekolah Menengah melalui Educational Blogging peringkat Kebangsaan. Cikgu Romie sangat aktif menghasilkan bahan-bahan inovasi di peringkat sekolah dan negeri perak. Beliau telah menghasilan Kelas Layar Hijau Pertama di Malaysia. Buat masa sekarang Cikgu Romie sedang memperkembangkan Kelas Layar Hijau ini ke serata Malaysia bagi berkongsi idea bersama guru-guru lain.
8008191 undi