Pusat Sumber Paling Inovatif
smk sam tet
Persis peribahasa“Membaca jambatan ilmu” . Jelasnya bahawa tabiat membaca ini amat penting dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu. Memandang kepentingan tabiat membaca, pusat sumber sekolah kita telah menjadi sesuatu tempat yang sesuai untuk menanam benih suka membaca dalam minda para pelajar. Gambar pertama menunjukkan ruang pembacaan pusat perpustakaan sekolah kita. Ruang tersebut telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang moden untuk memberi keselesaan kepada para pelajar.Contohnya, pendingin hawa, meja dan kerusi yang selamat digunakan.Hasilnya, para pelajar dapat membaca dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Dengan kemudahan melayari internet pula, para pelajar dapat mencari maklumat menggunakan computer di sudut multimedia untuk melengkapkan tugasan sekolah. Tambahan pula, pusat sumber sekolah kita juga menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sihat minda lagi menarik untuk mempelbagaikan pilihan para pembaca. Contohnya, buku rujukan, buku novel, kamus pembelajaran, buku ensiklopedia dan surat khabar harian.Dengan itu, para pelajar berpeluang membaca jenis buku yang disukai oleh mereka untuk melepaskan tekanan selain menimba ilmu, memperkaya pengalaman serta mempelajari kemahiran yang baharu. Buku-buku tersebut pula disusun dengan rapi dan juga dikategorikan mengikut jenisnya untuk memudahkan para pengguna untuk mencari buku mereka. Gambar kedua menunjukkan ruang perbincangan pusat perpustakaan sekolah kita. Tujuan pembinaan ruang tersebut adalah untuk menyediakan sesuatu tempat untuk para pelajar membincangkan tugasan sekolah atau mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan tanpa mengganggu pelajar yang ingin membaca buku secara bersendirian.Bagi sesetengah pelajar,mereka berpendapat bahawa mengulang kaji secara berkumpulan merupakan cara pembelajaran yang amat berkesan dan efisien. Susun atur meja-meja di ruang tersebut adalah sesuai untuk pelajar-pelajar untuk membuat perbincangan secara berkumpulan.Pengudaraan dan pencahayaan yang sesuai pula disediakan untuk menjamin kesihatan dan keselesaan para pengguna. Lebih-lebih lagi, kamus-kamus dan ensiklopedia pula disediakan supaya para pelajar dapat mencari maklumat yang bernas untuk melengkapkan tugasan sekolah mereka. Dalam pada itu, sofa yang bersaiz sesuai turut ditempatkan di ruang perbincangan supaya pengguna-pengguna dapat merehatkan diri semasa mereka telah penat berlajar. Permainan catur pula disediakan supaya pelajar-pelajar dapat bermain catur dengan seronok semasa mereka penat berlajar sebelum meneruskan pembelajaran mereka.Namun begitu, pengguna ruang perbincangan dinasihati supaya tidak berbuat bising semasa perbincangan supaya tidak menyebabkan gangguan terhadap pelajar di ruang pembacaan. Gambar ketiga pula menunjukkan bilik gerakan pusat perpustakaan sekolah kita. Bilik gerakan ini berfungsi sebagai bilik mesyuarat utama sekolah kita.Contohnya, pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat mingguan setiap khamis di bilik tersebut. Meja-meja dan kerusi-kerusi disusun secara rapi untuk melancarkan perbincangan pihak sekolah. Kemudahan ICT pula disediakan supaya pihak sekolah dapat menyiarkan maklumat pada papan putih untuk melancarkan perbincangan tersebut.Bukan itu sahaja, bilik gerakan tersebut juga digunakan oleh guru-guru untuk mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar pada cuti minggu. Sesetengah kelab dan persatuan pula mengadakan perjumpaan mingguan di bilik gerakan kerana bilik tersebut luas dan kemudahannya lengkap. Selain itu, trofi-trofi yang melambangkan kegemilangan para pelajar dan juga kecemerlangan sekolah pula disusun di atas rak-rak buku. Trofi-trofi tersebut akan dibersihkan oleh pustakawan sekolah kita setiap hari. Gambar dan berita tentang kecemerlangan para pelajar yang menang dalam pertandingan juga dihiasi dan ditampal pada papan kernyataan di bilik gerakan.
15090 undi