Cikgu Paling Popular
smk st. anthony
Cik Norehan Binti Ismail mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas tingkatan 6. Beliau merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah kami. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan banyak pencapaian yang berjaya beliau perolehi sepanjang perkhidmatannya dalam bidang ini. Anugerah Guru Paling Popular dan Guru Paling Bergaya pada sambutan hari guru yang diadakan di sekolah kami telah dianugerahkan kepada Cikgu Norehan. Kesemua pelajar di sekolah ini mengambil bahagian dengan mengundi guru pilihan mereka dan majoriti undi telah berpihak kepada beliau. Hal ini dapat membuktikan bahawa Cikgu Norehan ialah guru yang sangat popular di sekolah kami. Ramai pelajar menyayangi beliau kerana sifat beliau yang peramah dan mesra pelajar. Setiap kali beliau lalu di tepi koridor kelas, pasti ada pelajar yang akan menegur beliau. Pelajar-pelajar perempuan di sekolah ini amat meminati gaya beliau yang istimewa. Beliau sering menjadi perbualan pelajar perempuan kerana mereka amat meminati baju, kasut, tudung dan beg tangan yang amat cantik. Hal ini telah menyebabkan beliau begitu popular dan diminati ramai. Pelajar perempuan turut berebut-rebut untuk bersalam setiap kali terjumpa beliau. Guru-guru lain juga mengakui bahawa Cikgu Norehan amat popular di sekolah dan disayangi oleh para pelajar. Terdapat beberapa orang pelajar yang amat memerlukan wang untuk membiayai duit yuran ulangan peperiksaan namun mereka mengalami masalah kewangan keluarga. Cikgu Norehan telah tampil menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka. Para pelajar tersebut berasa amat terharu dengan sikap prihatin beliau yang sanggup membantu mereka. Sempena hari kemerdekaan, beliau telah menyertai aktiviti Ziarah Merdeka yang diadakan oleh sekolah kami. Beliau telah menziarahi keluarga pelajarnya serta memberikan buah tangan untuk mereka. Beliau sentiasa bersedia untuk berkongsi masalah dengan para pelajar serta memberi nasihat yang berguna untuk kami. Cikgu Norehan sentiasa ada disisi kami sewaktu susah dan senang. Beliau sedia untuk mengajar kami tidak kira waktu kerana ingin melihat anak-anak didiknya berjaya. Beliau tidak pernah kenal erti berputus asa kerana beliau sentiasa mendorong pelajarnya untuk terus berusaha. Pelajar yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu akan dibimbing semampu beliau. Sikap beliau yang tidak mudah marah dan suka bergurau membuatkan para pelajar berasa selesa untuk bertanya soal pelajaran dan berkongsi masalah. Keputusan peperiksaan STPM tahun 2014 dan tahun 2015 bagi subjek Bahasa Melayu amat memberansangkan. Setiap tahun, keputusan tersebut menunjukkan peningkatan cemerlang. Target yang diinginkan bagi subjek Bahasa Melayu berjaya dicapai iaitu lulus 100%. Sekolah kami telah menduduki tempat kedua bagi kedudukan keputusan STPM Bahasa Melayu di Hilir Perak. Usaha gigih beliau mendidik para pelajar telah membuahkan hasil yang dapat menaikkan nama dan imej sekolah. Sekolah kami berbangga kerana mempunyai seorang guru yang sangat berdedikasi. Cikgu Norehan mempunyai rekod kehadiran yang cemerlang. Beliau sentiasa komited terhadap apa sahaja tugas yang diberi. Hal ini telah memberikan impak yang positif kepada pencapaian sekolah kami.
170014 undi