Pusat Sumber Paling Inovatif
kolej vokasional gerik
Pusat Sumber Kolej Vokasional Gerik dilengkapi ruang Bilik Alat Pandang Dengar yang boleh digunakan untuk tujuan perbincangan. Bilik ini dilengkapi dengan meja dan kerusi, talian internet serta papan putih.Selain itu terdapat Bilik Akses Kendiri Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet. Pengguna boleh menggunakan bilik ini untuk menyiakan tugasan, melayari internet dan mengakses bahan digital seperti CD-Interaktif. Pusat sumber menyediakan sebuah bilik khas kepada guru dan pelajar yang dikenali Chromelab bagi tujuan P&P berasaskan ICT.Pusat sumber dilengkapkan dengan kemudahan wayerles bagi memudahkan pengguna yang membawa komputer riba.Loker untuk menyimpan beg disediakan oleh pusat sumber untuk memudahkan pengguna menyimpan beg atau barangan peribadi yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pusat sumber seperti payung, topi keledar dan lain-lain. Pusat sumber menyediakan kemudahan ruang pameran yang boleh digunakan oleh semua jabatan untuk tujuan mempamerkan sesuatu bahan kepada pengguna. Sesiapa yang ingin menggunakan ruang ini perlu membuat tempahan di kaunter sirkulasi pusat sumber.
1088 undi