sk kanchong darat
TAMAN CERIA
SK KANCHONG DARAT
JALAN SULTAN ALAM SHAH,
42700 BANTING, SELANGOR.
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara tropika yang kaya dengan khazanah flora dan fauna. Segala flora dan fauna yang terdapat di negara kita ini sangat unik sekali. Ia mempunyai pelbagai rupa, warna dan nama. Ada antaranya amat jarang dilihat dan sukar dijumpai. Justeru itu, pihak sekolah telah mewujudkan beberapa taman di sudut-sudut tertentu sekolah bagi mengekalkan tumbuhan asli ini daripada lupus dan dilupakan oleh ahli masyarakat khususnya warga sekolah ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada warga murid sebagai anak didik di sekolah ini mengenai kewujudan flora dan fauna ini.
Pihak sekolah berharap dapat meningkatkan kesedaran yang tinggi kepada semua peringkat lapisan warga sekolah peri pentingnya mempunyai alam sekitar yang bersih dan selesa serta indah melalui reka bentuk landskap dan pengurusan alam sekitar terutama sekali untuk generasi muda dalam usaha untuk memupuk semangat bekerja secara berkumpulan dan berinteraksi serta meningkatkan daya kreativiti supaya lebih peka terhadap alam sekitar yang indah dan bersih.
Segala elemen tanaman ini disesuaikan dengan ruang sedia ada di sekolah. Setiap kali musim menuai, hasil yang diperolehi akan dijual kepada guru atau kakitangan sekolah. Hasil kutipan jualan akan digunakan seterusnya untuk membiayai keperluan taman-taman tersebut seperti biji benih, tanah, dan baja. Pihak sekolah amat berharap agar usaha murni ini akan memberi manfaat kepada ahli kelompok sekolah.
MATLAMAT
1. Melahirkan murid-murid yang penyayang dan tahu menghargai flora dan fauna.
2. Mengekalkan keseimbangan alam sekitar dengan adanya didikan awal mengenainya.
3. Memahami dan mendalami peranan sebagai warga sekolah yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
4. Memupuk dan menjalin sikap bekerjasama antara guru, murid, dan ibu bapa serta ahli masyarakat tanpa mengira situasi.
OBJEKTIF
Supaya warga Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat dapat:-
1. Menggalakkan amalan suka bercucuk tanam dan membela ikan air tawar bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.
2. Mewujudkan kesedaran dan minat warga sekolah terhadap pertanian.
3. Mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat, selamat dimakan, serta mewujudkan persekitaran sekolah yang menarik.
4. Mewujudkan Taman Herba bagi tujuan pembelajaran.
PENUTUP
Taman sebenarnya tidak sukar untuk dibentuk. Apa yang penting, mempunyai koleksi tumbuh-tumbuhan yang baik dan susunan yang sempurna. Lebih menarik jika ada tanaman jenis herba ditanam dan ada keistimewaannya dan berkhasiat. Penanaman tumbuhan herba perlu bersesuaian dengan tumbuhan itu sendiri. Justeru itu pihak sekolah telah menjadikan pokok-pokok herba sebagai salah satu tanaman utama kerana tanaman tersebut bukan sahaja mencantikkan kawasan tetapi ia juga untuk dijadikan ubat-ubatan untuk kegunaan semua warga terutama kepada semua warga sekolah samada untuk perubatan atau pun kecantikan bagi lelaki dan wanita. Oleh sebab keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di landskap SK Kanchong Darat ini maka, sekolah ini telah dinobatkan sebagai Johan dalam Anugerah Landskap Terbaik Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Langat 2016 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat.