Mural Paling Kreatif
sk kanchong darat
MURAL KREATIF SK KANCHONG DARAT, JALAN SULTAN ALAM SHAH, 42700 BANTING, SELANGOR. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada komuniti sekolah khususnya untuk murid-murid . Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru sekolah telah mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja di kalangan guru. Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah terutamanya murid-murid sekolah rendah. Mural yang dihasilkan ini bertujuan untuk menjadikan laluan sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik dan secara tidak langsung sebagai satu wadah pembelajaran terutamanya murid-murid Tahun 1. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung murid-murid yang melalui kawasan itu akan membaca kata-kata serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina ini juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
997185 undi