sk sg kelambu
Mural yang dilukis di bangunan, dinding besar dan kecil bukan sahaja untuk keceriaan tetapi kadang-kadang kala untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara. Begitulah dengan mural berkonsepkan bunga dan alat muzik, rekoder yang telah dilukis di di Blok C SK Sg.Kelambu. Mural itu dilukis adalah untuk memperingati jasa seorang guru En. Mohd Asri bin Sulaiman yang merupakan tenaga pengajar kepada pasukan Rekorder Sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama SK Sg.Kelambu ke peringkat negeri dalam PERTANDINGAN REKORDER ASSEMBLE SEKOLAH RENDAH tahun 2014.
Alat muzik rekorder yang dilukis itu memang jelas untuk melambangkan alat muzik utama yang boleh dimainkan oleh murid-murid tahun 6 dengan baik berbanding alat muzik yang lain. Bak kata pepatah irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Justeru itu bunga-bunga yang begitu kreatif dan hasil paduan warna itu bukan sahaja melahirkan warna-warna baru sebagai ekspresi seni tetapi turut melambangkan pembelajaran abad 21 yang memerlukan semua pihak berinovasi agar dapat melahirkan anak-anak didik yang berwawasan dan seterusnya menjadi warga Malaysia yang berketrampilan dan berkebolehan. Selain daripada itu, mural yang telah dihasilkan itu juga memberitahu umum bahawa unsur seni yang ditunjukkan adalah yang terdapat pada alam sama ada ciptaan tuhan mahupun buatan manusia.Hasil kerjasama idea guru-guru dibantu oleh kumpulan Aswara, mural itu telah berjaya direalisasikan untuk menyampaikan mesej yang ada disebaliknya.