Sarana/PIBG Paling Hebat
sk taman desa 2
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Desa 2 adalah tulang belakang pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai aktiviti di sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Aktiviti yang sering mendapat kerjasama dan bantuan PIBG adalah Temasya Sukan Tahunan, Acara Merentas Desa, Solat Hajat Perdana, Motivasi, Gotong Royong Perdana dan lain-lain. Pihak sekolah juga sering mendapat kerjasama yang baik dari Komuniti Masyarakat Setempat, Rela, Polis dan Pihak Masjid serta individu persendirian selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu mewujudkan Sarana yang baik dari pelbagai pihak. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik ini, diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid-murid di sekolah dan menjadikan kehidupan masyarakat setempat lebih harmoni.
6352 undi