Sarana/PIBG Paling Hebat
sk damansara jaya (2)
Gambar 1 (Menunjukkan Projek Tadahan Air Hujan Untuk Kolam Ikan) Proses diaplikasikan secara sistematk menggunakan sistem tadahan air hujan (Harvesting Rain Water) iaitu air hujan yang turun disalur dan disimpan dalam tangki sebelum disalurkan secara automatik ke kolam ikan apabila paras air kolam ikan menurun. Air dari kolam ikan itu digunakan untuk tanaman aquaponic seperti pokok kesum, pudina dan pegaga. Projek ini mendapat khidmat nasihat daripada Fish Research Institute (FRI) dengan kerjasama daripada pihak PIBG SK Damansara Jaya 2. Pihak FRI telah membuat ujian ke atas kualiti air kolam dan hasil daripada ujian air tersebut didapati kualiti air sesuai untuk habitat ikan Kelah. Terdapat 10 ekor ikan Kelah di pelihara dalam kolam tersebut di samping beberapa jenis ikan lain seperti Ikan Koi, Talapia dan Patin. Gambar 2 (Menunjukkan Projek Kelab Tani) Projek ini dikendalikan oleh Pihak PIBG SK Damansara Jaya 2 untuk memupuk minat bertani dalam kalangan pelajar dan menaja sumber pendapatan tambahan PIBG SK Damansara Jaya 2. Projek ini dirasmikan oleh Tan Sri Zainal Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan beliau menyumbangkan RM3000.00 untuk projek ini. Gambar 3 (Memasang Jaring Nyamuk Oleh Pihak PIBG) Pihak PIBG SK Damansara Jaya 2 telah menjayakan projek pemasangan jaring nyamuk untuk kelas yang berada di tingkat bawah bangunan sekolah bagi memastikan kesihatan pelajar di sekolah terjamin. Jaring nyamuk tersebut dipasang sendiri oleh pihak PIBG dengan menggunakan sumbangan daripada ibu bapa dan alumni SK Damansara Jaya 2.
1582652 undi