Mural Paling Kreatif
sk seksyen 6 kota damansara
Mural ini bertemakan guru, pelajar dan sekolah. Subjek yang digunakan untuk menggambarkan tema ini ialah buku kerana buku merupakan sumber ilmu pengetahuan dan rujukan. Sekolah dan guru merupakan gedung ilmu manakala pelajar adalah generasi muda yang menimba ilmu untuk kemajuan negara. Penggunaan warna yang harmoni dan warna asas untuk menggambarkan rumpun asas atau tunjang asal institusi pendidikan. Penggunaan subjek buku juga adalah kerana , buku merupakan rekod asal yang mencatat sejarah dunia berabad lamanya dan masih digunakan sehingga kini walaupun wujudnya pelbagai media lain seiring dengan pembangunan teknologi pada hari ini. Walaupun buku telah didigitalkan, masih lagi memberi fungsi menyalurkan ilmu dan sebagai media pembelajaran. Mural ini bersaiz 12'x12' dan terdapat logo GPS Bestari yang diparap sebagai salah satu gerbang ilmu pengetahuan.
41852 undi