smk bandar banting
Lanskap SMK Bandar Banting,Indah ,Ceria,Nyaman dan Berinformasi.
SMK Bandar Banting terletak di lokasi yang strategik iaitu di antara taman perumahan Taman Kemuning dan Taman Budiman serta Taman Cempaka.Berhampiran pula dengan Kampung Sg Lang, Kanchong Darat dan Sg Kelambu.Sebelahan kanan sekolah ini terletaknya SK Bandar Banting.Lanskapnya yang cantik dengan susun atur menarik mengamit setiap insan untuk hadir ke sekolah .Seterusnya , menjadi kebanggaan warga SMK Bandar Banting (SMKBB) apabila dinobatkan menjadi johan Sudut Kitar Semula pada tahun 2015 dan 2016 oleh Majlis Daerah Kuala Langat,Selangor.
Bertitik tolak dari penyertaan pertandingan Sudut Kitar Semula 2015 dan Pertandingan Imarah Surau peringkat negeri Selangor ,SMKBB mula menaik tarafkan setiap taman taman yang ada di sekeliling sekolah.Lanskap yang dilengkapi dengan pergola dan di kiri kanannya mempunyai kolam ikan melambai-lambai murid untuk hadir dan menekuni pelajaran.Desiran air terjun menambah kesyahduan dan menambat hati anak anak yang dahagakan kasih sayang alam.Impaknya,masalah ponteng sekolah murid dapat dikurangkan dan secara tidak langsung menjadi aset yang berharga untuk menjadi faktor penarik kepada kehadiran murid.
Pohon –pohon yang segar mewarnai segenap penjuru kaki lima sekolah.Pada bahagian Sudut Kitar semula terdapat mural tiga dimensi yang dihasilkan oleh guru dan murid.Bagai aur dengan tebing ,keakraban seni halus yang diterapkan oleh guru seni menghasilkan kreativiti luar biasa yang menjadi penyeri laluan ke surau.Bungga- bungaan yang di tanam di dalam botol plastik menyambut kehadiran setiap jiwa yang menghargai alam ini.Bunga daripada botol plastic diukir dengan begitu indah , tidak jemu mata memandang. Bangku yang diperbuat daripada tayar terpakai menyambut manis anak anak untuk mengisi masa santainya di ruangan ini.Meja batu pula tempat murid menyiapkan kerja sekolah atau melepaskan lelah setelah penat belajar.
Surau Al Kauthar tersergam indah dengan laluan yang dipenuhi pokok pokok bunga .Pelbagai pokok dari sepesies renek sehingga ke spesesis besar terbentang indah memenuhi laman taman surau ini.Di sisi sebelah kanan juga pelbagai jenis pokok ditanam dan tumbuh dengan subur di sini.Sesungguhnya bumi Allah ini memang hebat dengan kecantikan yang perlu dijaga dan di hargai.
Tugu bakti menampakkan wajahnya dengan catatan misi dan visi sekolah di hadapan parking pengetua.Binaan landskap yang disulami pohon hijau menyerikan lagi kemeriahan suasana alam memancing hati yang ketandusan limu untuk terus belajar dan belajar.Ini kerana kedudukannya yang berada tepat di hadapan muka pintu sekolah.Sejenak melihat laluan ke kantin pula gajet pengakap yang diperbuat daripada buluh menyambut ketibaan pengunjung untuk menjamu selera di Anjung Selera.Begitulah nama kantin SMKBB , gah pada nama gah juga pada rupa.Lanskap Laman Bonda pula diwarnai dengan tumbuhi dengan ulam -ulaman.Sedap sungguh guru dan murid makan dengan bekalan sayur yang segar bugar.
Akhiru kalam,SMKBB mampu menyediakan landskap yang ceria,nyaman dan berinformasi untuk memberikan suasana yang kondusif bagi pelanggannya.Pengunjung ,warga kerja,guru ,murid dan seluruh masyarakat dapat manfaat hasil dari kecantikan landskap yang mewarnai keseluruhan sekolah ini.Adalah diharapkan dengan kerjasama yang padu dapat membuahkan hasil yang lumayan dengan peningkatan pembelajaran murid dan sesuai untuk apa jua aktiviti yang dijalankan di SMKBB tercinta ini.