Cikgu Paling Popular
smk puncak alam
Pn. Azhani Binti Abdul Ghani merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan beliau begitu lincah di padang ketika mengajar dan juga apabila melaksanakan tugasnya sebagai Jurulatih Pasukan Olahraga Sekolah. Hasil kegigihan beliau bersama jurulatih yang lain, SMK Puncak Alam sering berada dalam kedudukan tertinggi dalam kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor dan seterusnya mewakili daerah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor. Bukan sahaja aktif di padang, Puan Azhani juga merupakan Penyelaras Tingkatan 4. Beliau bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 termasuklah pendaftaran, pemilihan kelas dan mata pelajaran elektif. Malah Pn. Azhani merupakan sumber rujukan utama apabila rakan-rakan dari tingkatan 4 menghadapi masalah di awal tahun berkaitan pemilihan mata pelajaran elektif. Puan Azhani akan sentiasa cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan kami dengan penuh kesabaran. Puan Azhani juga amat mesra dengan pelajar-pelajar. Beliau mudah didampingi dan sentiasa tersenyum menyebabkannya amat disenangi oleh semua pelajar. Atas sebab ini kami pelajar-pelajar SMK Puncak Alam, sebulat suara mencalonkan Puan Azhani Binti Abdul Ghani sebagai Guru Paling Popular Anugerah GPS Bestari.
242871 undi