smk puncak alam
Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia pada tahun 2015 berjumlah 26 301 952 buah. Bayangkan 10% dari kenderaan tersebut menukar sekurang-kurangnya 2 biji tayar setahun, jumlah tayar terpakai yang akan berada di sekeliling kita akan berjumlah 5 260 390 buah! Ini hanyalah anggaran, tapi realitinya lebih dari itu. Di manakah kita hendak membuang semua tayar-tayar tersebut? Sebenarnya tayar-tayar terbuang ini boleh dikitar semula. Ianya akan diproses untuk dijadikan bahan asas untuk kegunaan industri pembuatan. Namun ia biasanya dibeli secara pukal dan diborong terus dari kedai-kedai tayar.
Bagaimana jika kita mempunyai 2 atau 3 biji tayar terpakai sahaja? Pasti susah untuk menjualnya. Nak disimpan pun tiada gunanya. Jika terdedah pasti menjadi tempat takungan air dan seterusnya membawa kepada risiko pembiakan Nyamuk Aedes.
Jesteru sebagai satu usaha penjagaan alam sekitar, SMK Puncak Alam mengambil langkah proaktif menghasilkan taman yang menggunakan tayar sebagai elemen utama dalam pembinaan taman. SMK Puncak Alam amat berbesar hati kerana usaha ini mendapat sokongan padu dari Syarikat Goodyear Malaysia Berhad yang sudi menanggung sepenuhnya kos pembinaan, idea, kepakaran dan tenaga kerja dalam merealisasikan pembinaan taman tersebut melalui Program Khidmat Sosial (CSR) syarikat tersebut. Di samping menaja sepenuhnya peminaan taman, pihak Goodyear Malaysia juga sentiasa membuat pemeriksaan berkala agar taman yang dibina dari tayar ini bebas dari takungan air yang membawa kepada risiko pembiakan nyamuk Aedes. Disiapkan dengan tempoh 2 bulan sahaja, taman yang dikenali sebagai Taman Goodyear berjaya mengubah landskap SMK Puncak Alam yang mana taman ini turut dijadikan tempat bagi pelajar mengulangkaji pelajaran. Pembinaan taman ini juga mengubah persepsi bahawa sesuatu yang tidak berguna, sekiranya disuntik sedikit elemen kreativiti akan menjadi sesuatu yang berharga. Siapa sangka tayar yang terbuang boleh menjadi satu hasil seni yang begitu menarik !!!.