Pusat Sumber Paling Inovatif
smk bandar tasik kesuma
Pendeta Zaaba nama yang diberi menjadi tarikan kepada warga SMKBTK untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta berinovasi sesama mereka. Pusat Sumber SMKBTK ke arah alaf 21 di jadikan tempat melakar ilmu dan menyelongkar setiap sudut dan ruang yang ada dengan maklumat. 1.Dekorasi Planet menjadi induk utama di mana pelajar-pelajar SMKBTK akan mendapat maklumat tentang planet-planet di alam semester dan di sudut tersebut ditayangkan cerita amegadon dan martian di mana menggalakkan pelajar mengkaji tentang bintang dan tertarik dengan kerjaya sebagai angkasawan.Lukisan tersebut diperbuat dari bahan terbuang iaitu tuala dan disimenkan agar ia berguna sebagai satu bahan bantu mengajar.Pelajar telah melukis di papan simen tersebut sehingga menampakkan kekreatifan warga SMKBTK. 2. Rak Buku abjad BTK Rak buku ini juga dijadikan ruangan santai di mana pelajar-pelajar yang suka membaca buku fiksyen dan novel-novel dari karangkraf boleh bersantai di kawasan ini. Ruang tersebut juga dijadikan sudut interaktif di mana pelajar menggunakan ipad untuk mengkaji tentang dinasour, serangga dan juga haiwan di dasar laut. 3. Sudut Sirkulasi yang nampak ke arah koperate menampakkan lagi bahawa Pendeta Zaaba ke arah Pusat Sumber Alaf-21. Menggunakan sistem S-libs bagi pengurusan pinjaman dan pemulangan melengkapkan Pusat Sumber SMKBTK adalah Pusat Sumber paling Inovatif di Negeri Selangor ini.
0 undi