Cikgu Paling Popular
smk bandar damai perdana
Teacher saya, Pn Zurairah Ibrahim, sedap namanya cantik lagi orangnya. Pn. Zue panggilan manja, seorang yang periang, ceria dan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi ( kadang tu over jugak lah okay! ) Boleh dikatakan satu sekolah mengenali beliau kerana perwatakkannya. Kalau ada pelajar yang tidak pernah belajar dalam kelas beliau, mereka akan menggelarkan beliau "DIVA". Walaupun beliau kelihatan garang dan sombong, itu hanyalah luaran sahaja. Hakikatnya, Pn. Zue adalah seorang yang baik hati, peramah dan mudah mesra. Selain perwatakannya yang membuatkan beliau popular di sekolah bakat dan tugas beliau dalam mendidik amatlah hebat. Beliau telah banyak membimbing dan mendidik anak-anak SMKBDP untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Beliau suka mencungkil bakat anak-anak didik beliau untuk aktiviti kesenian. Beliau sering menjadi guru pembimbing pelajar untuk aktiviti kesenian dan persembahan seperti lakonan, tarian dan nyanyian. Oleh sebab itu, beliau menjadi terkenal dalam kalangan guru dan pelajar-pelajar yang dibimbingnya. Ramai pelajar yang menjadikan beliau sebagai mentor atau idola. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh dikatakan cikgu yang kreatif dalam pengajaran di kelas. Beliau suka menarik minat pelajar dengan lagu dan aktiviti yang menyeronokkan dalam kelas ( rugi siapa yang tak dapat Pn. Zue). Beliau juga tidak memilih murid untuk menjadi 'favourite student' beliau dilihat bergaul dengan semua murid tidak kira kelas dan bangsa. Tapi yang paling penting, Pn. Zue amat popular dengan dressing nya ke sekolah. Kami akan tertunggu-tunggu pakaian apalah yang Pn. Zue akan pakai tiap kali datang ke sekolah. Bila waktu perhimpunan beliau berjalan dengan penuh anggunnya dan duduk didepan sambil mengipas dengan kipas tangannya. Siapa yang tak bangga ada teacher yang macam ni di sekolah. Itulah Pn. Zurairah, Cikgu Paling Popular di SMKBDP.
1501146 undi