Pusat Sumber Paling Inovatif
smk seafield
Pusat Sumber SMK Seafield ditubuhkan pada tahun 1994. Kami telah menjadi Johan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Selangor berturut-turut untuk tiga kali. Pusat Sumber SMK Seafield mempunyai koleksi buku sebanyak 38500 naskah, 5 jenis akhbar dan 10 jenis majalah. Pusat Sumber kami diuruskan oleh Guru Pusat Sumber, Pengawas Pusat Sumber dan dibantu oleh 8 orang Library Angel (Ibu yang memberi perkhidmatan secara sukarela). Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan, antaranya ialah peminjaman bahan, fotostat, bacaan ringan, permainan dalaman, tempat pengajaran dan pembelajaran dan penghasilan bahan. Pusat Sumber terdiri daripada Pustaka Bestari(Perpustakaan utama), Pustaka Elit (Perpustakaan untuk Tingkatan Enam), Bilik Alat Pandang Dengar, Bilik SAL (self-access Learning), Makmal Bestari Matematik, Makmal Pembelajaran Bestari dan D’Archive (Bilik Dokumentasi). Kami telah menyediakan tempat kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran, bengkel, mesyuarat, peperiksaan, ulangkaji dan lain-lain. Pada waktu rehat setiap hari, Pusat Sumber akan dikunjungi oleh ramai pelajar. Pusat Sumber dibuka pada hari persekolahan (Isnin - Jumaat) dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Ramai pelajar sesi pagi akan membuat ulangkaji dan belajar di Perpustakaan yang kondusif dan selesa. Perkhidmatan yang mesra pelanggan telah menggalakkan guru dan pelajar berkunjung ke Pusat Sumber setiap hari. Kadar kunjungan pelajar dan kadar peminjam buku oleh pelajar adalah tinggi pada setiap hari. Pusat Sumber SMK Seafield akan menjadi tempat yang mesti dilawati apabila ada pelawat dari dalam dan luar Negara. Kami pernah dikunjungi oleh sekolah, PIBG serta pendidik dari Australia, Korea, Jepun dan IASL. Pusat Sumber SMK Seafield sentiasa berusaha ke arah peningkatan taraf agar dapat menjadi Pusat Sumber yang cemerlang. Gandingan mantap semua pihak dalam menjayakan beberapa aktiviti yang melibatkan Pusat Sumber sangat memberangsangkan. Beberapa aktiviti yang telah diadakan seperti Program 1 Buku 1 Murid, Membaca Bersama dan sebagainya, antara bukti kukuh komitmen pelbagai pihak kepada pusat sumber. Kesimpulannya, Pusat Sumber SMK Seafield sememangnya sentiasa peka dan bersedia memberi perkhidmatan yang bertaraf cemerlang kepada semua pihak.
1351764 undi