smk seksyen 19
Taman Anggerik dikendalikan oleh En. Zainal b. Jani sejak tahun 2010. Pada tahun 2011 taman ini memenangi tempat ke-4 Taman Orkid Terceria Antara Sekolah anjuran MBSA Shah Alam. Taman ini juga pernah dipilih oleh majalah "Taman" keluaran Karangkraf pada tahun 2015 bulan Oktober untuk rencana Taman Sekolah Terceria.
Taman Gemilang berkonsepkan bahan kitar semula. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah akan kepentingan kitar semula kepada persekitaran bukan sahaja untuk hiasan, malah ianya boleh memberi gambaran keseimbangan dari gabungan landskap lembut dan landskap kejur. Gambaran landskap sebegini dapat menceriakan lagi persekitaran taman sekolah dengan adanya gabungan warna-warna Jalur Gemilang.
Laman ASEAN diilhamkan dalam bentuk landskap menarik bagi mencetus minat murid untuk mengkaji lebih maklumat berkenaan ASEAN. Landskap diberikan nilai tambah dengan menghasilkan hiasan yang dibina daripada bahan terbuang bagi menerapkan nilai cinta akan alam sekitar.