sk (felda) jengka 19
Prasekolah Ceria SK Jengka 19 telah mendapat anugerah Prasekolah Terbilang Negeri Pahang 2015. Anugerah yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti keceriaan fizikal, pengurusan kelas dan yang paling penting pengurusan kurikulum yang mengambil kira pencapaian dan kemenjadian murid.
Sepanjang tahun ini, kelas ini telah menjadi rujukan beberapa buah sekolah di dalam dan diluar negeri Pahang untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai keceriaan dan pengurusan kelas prasekolah. Alhamdulillah sambutan untuk mengadakan lawatan ke kelas ini cukup menggalakkan.
GAMBAR PERTAMA: Gambar di ruang belajar yang ditengah tengah nya diletakkan meja guru yang dihias ceria seceria ruang belajarnya yang sarat dan kaya dengan bahan bantu mengenai isi kandungan pelajaran yang terdapat di prasekolah.
GAMBAR KEDUA : Gambar di ruang makan dan dapur. Dihiasi dengan bahan bantu mengajar dan belajar serta pelbagai kata dan slogan yang bersesuaian dengan pelajaran mengenai makanan. Setiap bahan yang ditampal dan dipamerkan akan ditekankan dengan konsep keceriaan bagi menarik minat murid untuk datan sekolah dan berselera untuk makan.
GAMBAR KETIGA : Gambar disekitar pintu masuk dan ruan legar halaman kelas Prasekolah Ceria. Sepanjang koridor telah direka replica jalan raya dengan mengecat supaya murid dapat bermain dan belajar mengenai keselamatan jalan raya. Ia dicat dan dihiasi dengan papan tanda jalan raya serta digantung peribahasa serta nilai-nilai murine untuk dibaca murid sambil mereka beriada di luar kelas.
Untuk keterangan lanjut tentang kelas. layari https://www.facebook.com/ailinbbmtghezlin