smk tembangau
Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau atau nama ringkasnya SMK Tembangau, sebuah sekolah menengah kebangsaan di dalam daerah Bera, Pahang Darul Makmur. Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau telah dibuka pada Januari 1999 menumpang bangunan SK LKTP Tembangau 1. Bermula 1 Januari 2000 SMK Kemayan(Cawangan Tembangau) menggunakan namanya sendiri iaitu SMK Tembangau. Pengetua pertama ialah Encik Muthar Bin Ibrahim . Guru yang berkhidmat di sekolah ini pada ketika itu ialah seramai 8 orang sahaja. Manakala kakitangan bukan akademik pula seramai 4 orang.Pada masa itu, bilangan kelas hanya 8 kelas dengan jumlah pelajar 246 orang. Pada 25 Oktober 2000 SMK Tembangau mula beroperasi di sekolah baru. Majlis bacaan Yasin dan solat hajat telah diadakan pada 19 Oktober 2000 untuk meraikan perpindahan warga SMKT dari SK LKTP Tembangau 1.