Kantin Paling 'A'
sk belukar
Kantin SK Belukar merupakan kantin bertaraf A yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Selain itu, kantin SKB juga telah mendapat Johan bagi pertandingan Kantin BeSS Peringkat Negeri Kelantan kategori Sekolah Luar Bandar serta tersenarai dalam lingkungan lima kantin terbaik peringkat Kebangsaan. Terdapat banyak sudut-sudut di kantin SKB. Contohnya, Sudut Bacaan, Sudut Galeri Warisan, Sudut Kitar Semula, Sudut Santai PIBG, Pentas Cilik da Sudut Diorama. Terdapat juga sudut-sudut yang membekalkan maklumat seperti meja murid bermaklumat, papan kenyataan, dinding bermaklumat sebagai pembekal maklumat tambahan kepada murid sambil makan. Dari segi kebersihan, pekerja kantin yang efisien sentiasa memastikan lantai dan meja sentiasa bersih. Dari segi keceriaan, gubahan bunga pandan yang diletakkan diatas meja makan murid memberikan aroma yang menyegarkan dan dapat menghindari lalat. Hiasan tumbuhan segar yang memenuhi segenap ruang kantin berperanan sebagai membekalkan oksigen di samping menyegarkan suasana. Memegang motto 'Keselamatan Diutamakan', garisan kuning telah dilakar pada tempat-tempat yang sesuai supaya murid sentiasa berwaspada. Untuk lebih cerita dan gambar-gambar menarik, boleh layari blog ini : http://dba2164skbelukar.blogspot.my/
95950 undi