sk mata ayer
PENGENALAN
Kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas dikalangan rakyat Malaysia masih ditahap rendah. Jesteru itu, warga pendidik Sekolah Kebangsaan Mata Ayer (SKMA) mengambil inisiatif untuk menjenamakan semula tandas sekolah demi membudayakan tandas sekolah yang bersih dikalangan pelajar.Sedikit sejarah mengenai tandas SKMA.Tandas SKMA terletak di kawasan luar Bandar. Bangunan baru SKMA telah beroperasi secara rasmi pada tahun 2003. Serentak dengan itu, tujuh buah tandas SKMA telah mula digunakan oleh warga sekolah. Keseluruhan wajah tandas telah ditransformasikan bermula tahun 2012 bagi menyahut cabaran Jabatan Pendidikan Kelantan untuk menyertai Pertandingan Tandas Bersih dan Ceria pada tahun tersebut.
Antara Objektif pihak sekolah mentrasformasi tandas sekolah yang pertama ialah mewujudkan iklim dan identiti sekolah SKMA sebagai institusi yang bersih,ceria dan selamat.Kedua ingin memastikan penjagaan kebersihan tandas dan mengamalkan etika penggunaan tandas yang betul.Ketiga ialah untuk melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi amalan kebersihan sebagai budaya hidup seharian.
Serba sedikit mengenai pencapaian tandas yang ingin dikongsikan disini ialah pertama, pernah mendapat Johan Pertandingan Tandas Bersih Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012 di bawah Anjuran Unit HEM (Kesihatan) JPN Kelantan. Tandas ini juga pernah memenangi tempat ke 4 dalam program Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Tandas ini juga pernah memenangi Anugerah Gangsa Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,pada tahun 2013.Tandas ini senantiasa mendapat pujian dan lawatan daripada pelawat-pelawat yang mengunjungi sekolah kami. Kami warga SKMA senatiasa mengamalkan tandas bersih, ceria dan Selamat.Diharap penyertaan ini terus mendapat undian dari semua.Sekian.