Sarana/PIBG Paling Hebat
sk laksamana (integ)
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) LAKSAMANA HEBAT SK Laksamana. Mempunyai slogan, ‘Sekolah Penyayang Dan Berbudaya Kreatif’. Sebuah sekolah yang impulsif menyahut agenda pendidikan, bagi merealisasikan kecemerlangan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti global. Pelbagai aktiviti disusun atur oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang bergiat aktif menyalurkan sumbangan sama ada dalam bentuk, tenaga, buah fikiran, kemahiran, kepakaran dan kewangan. SK Laksamana amat bertuah mempunyai nadi utama memastikan kecemerlangan sekolah yang unggul dengan kepimpinan, Guru Besar yang berkarismatik, tegas, positif dan mempunyai aura tersendiri dalam mengurus organisasi. Puan Hajah Bibi Sakinah Binti Haji Haron Khan, panggilan mesranya, ‘Bonda’. Begitu efektif dalam perkongsian SARANA diperingkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Membuat penjenamaan yang bermula huruf ‘K’ iaitu Kredibiliti. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam melebarkan jaringan sekolah dengan pihak ibu bapa dan komuniti. Program Perjumpaan Profesional Bersama Ibu Bapa selama sejam. Menyampaikan amanat mengenai komitmen ibu bapa menjana kecemerlangan anak-anak. Menggalas kepimpinan Bonda dengan mencetuskan Program Majlis Pembugaran PIBK bersama, YB Haji Rasman Bin Hj Ithnain. Adun Sedili turut memberi sokongan padu. Beberapa komuniti setempat turut berkolaboratif seperti dari Pejabat Polis Daerah, Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba, Majlis Daerah, Persatuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Johor Corp, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Yayasan Pelajaran Johor, menjadikan PIBK SK Laksamana terus segar dan mekar. Perkembangan fizikal dan persekitaran SK Laksamana telah berubah wajah. Melalui program K -Jariah dan K-Sukarelawan, mengikut kelapangan mereka. ‘Program Class Make Over’ dijalankan menjadikan kelas lebih berinformasi. Kelas-kelas dilengkapi dengan sumbangan peralatan komputer, mesin pencetak, skrin dan projektor. Ibu bapa manatarias kelas dan bilik-bilik khas. Bagi Alumnai yang berjaya dan berkerjaya dapat memberi suntikan moral kepada murid-murid di samping menyumbang kemahiran yang mereka ada seperti kemahiran kawad kaki, kimpalan, pendawaian elektrik dan kemahiran lanskap. Persekitaran pembelajaran murid menjadi lebih kondusif dan progresif. Biro-biro yang diwujudkan iaitu Biro Akademik, Biro Kokurikulum, Biro Bimbingan Kejaya, Biro 4K kebersihan, Keceriaan, Keselamatan dan Kesihatan, Biro Penyelengaraan sekolah. Biro Motivasi. Setiap biro diketuai oleh individu-individu profesional. PIBK SK Laksamana membuat inovasi dengan mewujudkan K-Stesen Komuniti Bersama PIBK di kawasan yang mempunyai penempatan bilangan murid yang ramai bertujuan memberikan info mengenai aktiviti dan perkembangan di sekolah. Maklumat juga disebar luaskan dengan Program Buku K-Komunikasi. Setiap makluman dan surat-menyurat ditampal dibuku tersebut dan akan ditandatangani sebagai pengesahan telah menerima dan akan mengambil tindakan. PIBG Merentas Sempadan. telah melancarkan K-Laman Sesawang sendiri dengan menggunakan medium ’Facebook’ dan maklumat juga dapat diterima oleh ibu bapa melalui Group Whatapps Kelas. Kronologi rutin persekolahan di SK Laksamana adalah seiring dengan kumpulan K-Tink Tank yang ditubuhkan iaitu think thank akademik, hal ehwal murid, kokurikulum dan iklim sekolah. Pengurusan sekolah menjadi lebih bersistematik. Proses pengajaran dan pembelajaran bercirikan abad ke-21. Ibu bapa turut serta dalam proses pembelajaran di kelas seperti memberi bimbingan, membuat tunjukcara, model kerjaya dan menjadi fasilitator. Anak-anak begitu gembira dan ceria. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pelbagai program motivasi dan kerohanian bersama ibu bapa dan murid-murid dijalankan seperti Program Solat Hajat dan K-Mengukir Bintang, diadakan untuk murid-murid UPSR PIBK bergilir-gillir menyediakan sarapan pagi. PIBK juga menjadi pengawas peperiksaan semasa peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan UPSR. Impak dari penglibatan tersebut menjadikan keputusan anak-anak lebih cemerlang. Program hal Ehwal Murid, Bonda bersama kaunselor sekolah hadir ke rumah murid-murid terpilih serta murid-murid calon UPSR dalam Program K-Salam Ukhuwah untuk berkongsi tips pengurusan membimbing anak dan proses pembelajaran dirumah. Program ini mendapat sambutan daripada ibu bapa dan mendatangkan kesan yang positif dalam pembelajaran murid-murid. Program K-Anakku Hebat dijalankan untuk menggalakkan kehadiran murid-murid 100%. Ibu bapa dijemput hadir dan diberi panduan untuk mengekalkan kesihatan anak-anak dan mengambil berat akan kepentingan anak-anak hadir ke sekolah. Bagi kehadiran penuh murid-murid akan diberi hadiah setiap bulan. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan Program K-Nurkasih akan ke rumah dan memberikan bantuan bila diperlukan dan sempena bulan Ramadhan. Program K-Mencipta Kejayaan. Murid-murid diberi motivasi berusaha dengan bersungguh-sungguh tidak mudah berputus asa dalam segala bidang yang diceburi. Di bidang kokurikulum, murid-murid yang mencapai kejayaan akan diberi ganjaran dan penghargaan. Murid yang berjaya diperingkat kebangsaan akan disambut bersama ibu bapa dan diiringi dengn paluan kompang oleh PIBK. Melalui Program K- Raikan Kejayaan pada tahun ini direalisasikan oleh murid yang membawa pulang pingat emas bagi acara melontar peluru di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Turut dinantikan oleh peserta Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris di Peringkat Kebangsaan. Semua murid begitu teruja dengan Program K -Pemimpin Muda, seawal prasekolah dilatih mengendalikan perhimpunan dan menjadi pengacara majlis. PIBK turut menjadi jurulatih dan membantu pengurusan dalam beberapa permainan, pertandingan dan K-Kelab Kebudayaan Pasukan Angklung sekolah yang telah mendapat jemputan dipelbagai acara keraian seperti membuat persembahan ke Hari UNESCO Sedunia dan Hari Alam Sekitar Sedunia. Konklusifnya, sekolah merupakan tempat membina masyarakat justeru daripada itu, melalui PIBK dapat melahirkan murid-murid mencapai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi membolehkan murid berkeupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, inovatif dan kreatif berupaya mencipta sesuatu sebagai pewaris tunggak kepimpinan di masa hadapan. Hasil penggemblengan idea dan tenaga PIBG dan PIBK SK Laksamana telah memenangi pertandingan menghias bangunan sempena Hari Kebangsaan setiap tahun diperingkat daerah dan negeri serta mewakili ke peringkat Kebangsaan. Mewakili Pertandingan Lanskap ke Peringkat Negeri. Dianugerahkan Pengurusan Bilik PIBG Cemerlang Peringkat Negeri, Pengurusan terbaik PIBK Sekolah Rendah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor. Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi dan Anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Kota Tinggi. PIBK SK Laksamana akan terus bergiat aktif. Bersedia membantu apabila diperlukan. Memberi manfaat merintis kegemilangan berterusan.
1059796 undi