sjk(t) bandar segamat
Kelas 1A "Sinar Harapan" merupakan kelas paling ceria di SJK(T) Bandar Segamat. Nama kelas Sinar Harapan dianggap seperti permata yang baru digilap dan diharapkan menjadi permata yang berkualiti tinggi dan tidak ternilai harganya. Kelas ini sentiasa ceria dan cantik untuk menarik minat murid-murid mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan seronok. Ia menjadi Johan pertandingan kelas paling ceria dan bersih peringkat sekolah sebanyak 8kali berturut-turut.
Gambar pertama menunjukkan bahagian luar kelas yang bermotifkan suasana taman. Lukisan mural bertema "Snow White" bersama hidupan taman menggambarkan suasana ceria, nyaman menggembirakan murid-murid dan menarik minat mereka untuk belajar. Mural bertemakan kartun cerita dongeng dihiasi tulisan abjad vokal dan konsonan serta nombor 1-10 berdasarkan citarasa murid. Di bahagian pintu masuk kelas dihias bunga-bungaan dan rantaian loket bersama papan ucapan "Selamat Datang.” Pada tingkap diletakkan jaring hijau untuk menghalang kemasukan serangga-serangga berbahaya sebagai langkah selamatan .
Gambar kedua pula berlatarbelakangkan suasana bahagian hadapan kelas. Setiap ruang digunakan sepenuhnya untuk dihiasi pelbagai elemen. Pada papan putih utama kelas, dilekatkan dengan ruangan tema, tajuk serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid-murid. Dua papan kenyataan di sebelah kiri dan kanan papan putih bertujuan penyebaran maklumat. Bahagian tersebut diletakkan info jadual waktu kelas, giliran bertugas murid , pelan kecemasan sekolah, visi dan misi sekolah, carta organisasai kelas dan senarai nama murid. Ia penting dalam membantu perancangan dan persediaan. Papan putih sebelah kiri pula digunakan untuk info ejaan.
Ruangan atas dinding turut dihiasi kad-kad perkataan yang berwarna-warni menggalakkan murid membaca serta menambah kosa kata, termasuk pengenalan kepada nama bulan serta peribahasa dalam dwi bahasa. Jalur Gemilang dan bendera setiap negeri digantung secara bersilang dibahagian siling kelas untuk melahirkan semangat patriotisme . Lampu kelas pula digantung kad-kad perkataan mudah yang boleh membantu murid-murid lemah. Kedudukan kerusi dan meja murid disusun secara sambungan (T) untuk mewujudkan komunikasi 3 hala antara murid-murid, guru-murid,murid dan bahan rujukan. Susunan ini memberi ruang selesa untuk guru bergerak memantau serta membolehkan murid bergerak dalam kumpulan dengan selesa.
Gambar ketiga, menunjukkan bahagian belakang kelas, di mana ruangan belakang menempatkan meja guru, sudut-sudut hasil kerja murid, pembelajaran akses kendiri, ganjaran, "Parking Lot", serta "i-Think". Bahagian ini memaparkan bahan-bahan dan tugasan hasil kerja murid. Murid cemerlang dalam setiap matapelajaran dan tingkah laku akan diberi ganjaran dan dicatat di Lot "Reward Chart" sebagai motivasi kepada murid-murid lain dan mewujudkan persaingan yang sihat. Parking Lot memberi ruang untuk memberi maklum balas emosi mereka setelah pembelajaran tamat. Selain itu, ruangan belakang ini, dipenuhi dengan sudut-sudut bacaan dan akses kendiri yang bermaksud murid berpeluang membuat aktiviti mereka di sini pada waktu senggang setelah siap tugasan yang diberi oleh guru. Ruangan ini memberi kepuasan kepada murid untuk berkomunikasi dengan rakan dan membudayakan amalan membaca.
Akhir sekali, keceriaan kelas Sinar harapan telah diakui sendiri oleh pegawai-pegawai yang berkunjung ke kelas ini. Ibu-bapa turut memberi sokongan dan bantuan.