sjk(t) ladang sg muar
Semua sudah sedia maklum bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) merupakan tulang belakang bagi kejayaan sesebuah sekolah.Jika penyokong bola sepak yang datang ke stadium diibaratkan sebagai pemain yang kedua belas untuk menguatkan lagi pasukan,begitu juga pasukan PIBG ini yang diertikan sebagai jentera kuat bagi SJK(T),Ladang Sungai Muar ini.Tanpa sokongan penuh daripada mereka,mustahil sekolah ini menjadi buah mulut orang ramai yang sentiasa mencanangkan kehebatan sekolah ini.Pihak PIBG yang diketuai oleh seorang YDP yang serba boleh memantapkan lagi persatuan ini apabila setiap aktiviti yang djalankan mendapat kerjasama yang penuh daripada para ibubapa dan guru.Boleh dikatakan semua aktiviti di dalam sekolah,pihak PIBG akan turun padang bersama guru untuk memastikan kelancaran sesuatu program tidak kira malam dan siang,mereka akan berkorban demi kejayaan sekolah dan anak- anak mereka.Mereka juga boleh ditamsilkan mereka seperti lebah yang sentiasa mengerumuni bunga yang mempunyai madu,begitulah juga mereka yang sentiasa dekat dengan sekolah dan akrab dengan staf sekolah.Sewaktu murid tahun 6 sibuk dengan persiapan akhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR,pihak PIBG turut berkampung memasak dan menyediakan makanan kepada calon-calon UPSR ,tetapi demi mendukung falsafah mereka iaitu berat sama dipikul ringan sama dijinjing ,mereka bersama-sama tanpa mengira penat dan lelah.Mereka juga bersama-sama menjayakan program sembahyang Hajat disekolah bagi persiapan akhir calon UPSR.Dalam sambutan Hari Guru peringkat sekolah juga mereka bersama-sama bertungkus lumus merancang aktiviti seperti permainan untuk guru,persiapan tempat dan memberikan cenderamata kepada setiap guru untuk mengenang jasa pengorbanan mendidik anak-anak mereka.YDP PIBG En.Kartigesu merupakan seorang insan yang banyak berjasa dan mencurahkan tenaga dan bakti kepada sekolah,banyak kerja seperti pertukangan kayu,mereka hiasa bilik mesyuarat dab kerjak-kerja lapangan banyak dilakukan beliau.Selain itu,semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah juga,pihak PIBG juga hadir memeriahkan majlis dan memberi sumbangan kepada guru-guru yang berbangsa Melayu sebagai meraikan warna-warni perayaan di Malaysia ini.Di samping itu,semasa sambutan Hari Keluarga peringkat sekolah,barisan PIBG menyediakan hamper,mengadakan persiapan tempat dan menghias setiap bahagian pada tempat-tempat yang digunakan.Mereka bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini dan membawa semua keluarga untuk turut serta dalam sambutan ini bagi memeriahkan hari keluarga pada tahun ini