smk dato' usman awang
Unit Landskap SMK Datuk Usman Awang telah menjalankan pelbagai usaha dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk warganya.Kolaborasi dengan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Tempatan serta Syarikat-syarikat perumahan dan korporat telah berjaya mengubah landskap sekolah menjadi 'Sekolah Dalam Taman'. Kerjasama semua pihak ini telah berjaya membuahkan hasil apabila sekolah ini telah dipilih sebagai pemenang tempat kedua Pertandingan Landskap peringkat Negeri Johor bagi tahun 2015. Usaha murni ini diteruskan lagi pada tahun ini apabila SMKDUA sekali lagi menyertai pertandingan yang sama dengan harapan supaya berjaya muncul Johan pula.Namun sehingga kini keputusan belum diumumkan oleh pihak penganjur.
Taman di sekolah ini dibahagikan kepada beberapa kawasan dan di beri nama mengikut lokasi masing-masing.Antaranya Laman Nurani, Laman Informasi, Laman Botani, Laman Segar dan Laman Pujangga.
Pelbagai pembaharuan dan inovasi yang telah dijalankan pada tahun ini antaranya ialah 'Pondok Strawberi' di kawasan kantin bagi memberi keselesaan kepada pelajar untuk menikmati makanan di waktu rehat.Selain itu deretan payung mewarnai kawasan makmal.Begitu juga dengan laluan pelajar di beri sentuhan ala jalan raya dan informasi bagi meningkatkan kesedaran pelajar sebagai pengguna jalanraya. Kawasan dibahagian depan pejabat sekolah pula diserikan lagi dengan kolam ikan dan bunyi deruan air memberikan kesegaran kepada warga sekolah dalam menikmati keindahan flora fauna di SMKDUA ini.
Pihak sekolah akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk warga guru,staff dan pelajar dalam menyediakan kawasan sekolah yang bersih,indah seterusnya melahirkan masyarakat sekolah yang menghargai keindahan alam sekitar.
Unit Landskap juga sentiasa melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa dan usaha ini sangat berbaloi apabila kawasan landskap yang indah ini menjadi kebanggaan kami di SMKDUA.Sekolah ini juga sentiasa menerima kehadiran pelawat dari seluruh negara serta kami sedia berkongsi ilmu dengan pihak yang berminat.Pujian diterima dari pelawat akan membuatkan kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. Moga SMKDUA terus cemerlang dan dikenali dengan keindahan taman bunga-bungaan yang sentiasa mekar.