smka maahad muar
Mesej keselamatan amat mudah diekspresikan dan direalisasikan dalam bentuk visual pada mural yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar & guru penasihat. Suatu usaha inisiatif warga SMKA Maahad Muar bagi memberi didikan & kesedaran tentang keselamatan di jalan raya memandangkan isu kemalangan jalan raya yang membabitkan pelajar sekolah semakin meruncing kerana telah ramai insan yang berharga pada masa hadapan terkorban akibat kelalaian & kecuaian.Melalui Mural yang dihasilkan diharapkan dapat memupuk sifat prihatin dan lebih berhati-hati pelajar-pelajar sekolah di jalan raya.
Ayuh sama-sama kita amalkan nilai- nilai murni yang dipaparkan pada mural yang dihasilkan.
1) keprihatinan pemandu, jom sama-sama memandu secara berhemah.Pakailah tali pinggang keselamatan.
2) Ayuh memandu secara sah. Miliki lesen L, P. Jom belajar memandu di sekolah memandu yang bertauliah.
3) ayuh generasi muda harapan negara sama-samalah prihatin terhadap warga tua. Pimpinlah mereka yang memerlukan bantuan.
4) Ayuh marilah kita gunalah jejantas atau laluan pejalan kaki yang disediakan apabila melintas demi keselamatan bersama.
5) Ayuh marilah kita beratur semasa menaiki bas.
6) Kepada abang pemandu bas pastikan ya bas diselenggara dalam keadaan terbaik demi keselamatan penumpang lain.
7) Kepulanganku dinanti, memandulah dengan berhati- hati.
8) Patuhi papan tanda lalu lintas. ingat anda diperhati.
9) Fokus semasa memandu. Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kealpaan memandu sambil menggunakan telefon bimbit amat merbahaya & boleh mengundang padah
10) Pastikan anda yang menunggang motosikal memakai pakaian yang cerah agar mudah dilihat oleh pemandu lain.
11) Penunggang motosikat pastikan helmet dipakai dengan rapi ya
12)Pemanduan secara berterusan di lebuh raya membuatkan anda letih & hilang tumpuan. Berhentilah seketika di R&R untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Diharapkan nasihat-nasihat & pesanan di atas dapat diamalkan sebaiknya. Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan AlLah S.W.T demi kesejahteraan & keharmonian hidup kita seterus