sk chuah
FALSAFAH HIDUP
“ALLAH UJI KITA DENGAN KEGAGALAN, KEKUATAN IMAN DAN KEYAKINAN PADA-NYA AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH HEBAT SELEPAS KEGAGALAN ITU”.
MOTO KEHIDUPAN
“PENGORBANAN DIPERLUKAN UNTUK MENGGAPAI KEJAYAAN”.
ZALIFAH BINTI HAJI ABDUL HADI, anak jati Kampung Chuah Port Dickson dilahirkan pada 5 April 1973 di Hospital Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chuah, Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus dari 1980 hingga 1985. Dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (1984) beliau telah mendapat keputusan 4A IB lalu mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah KGV dari 1986 hingga 1990. Di Sekolah Menengah KGV beliau beliau telah terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah dan ahli jawatankuasa Persatuan Agama Islam. Selain itu, beliau turut mewakili rumah sukan “Abdul Malek” dalam acara 100 meter dan lompat jauh . Kejayaan mendapat 4 Prinsipal dan 1 Subsid dalam Peperiksaan STPM membolehkan beliau diterima belajar di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1994.
Sepanjang di Institut Bahasa, beliau disenangi oleh pensyarah dan rakan-rakan sepengajian. Beliau terlibat aktif dalam sukan tenis dan menyertai pertandingan antara maktab ketika itu. Selain itu, beliau turut terpilih sebagai peserta terbaik Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Kejayaan demi kejayaan terukir setelah gagal dalam SPM di mana akhirnya beliau telah diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik bagi sesi 1994-1996 bagi Kursus Asas Pengajian Melayu. Bermula Januari 1997, beliau telah mula menjadi guru terlatih dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Chennah, Jelebu hingga Disember 1997. Pada Tahun 1998, permohonan bertukar beliau ke Sekolah Kebangsaan Chuah telah diluluskan dan beliau mengajar di sekolah ini sehingga kini. Kini, beliau merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu di samping mengajar kelas Peperiksaan UPSR. Pada tahun 2011. Beliau menyambung pengajian dalam bidang bahasa Melayu di Insitut Perguruan Raja Melewar dalam program Pensiswazahan Pegawai Pendidikan (PPG). Sepanjang pengajian, beliau disenangi rakan kerana tidak lokek berkongsi idea ketika membuat kerja kursus. Malah, beliau terus mengekalkan kecemerlangan dalam akademik apabila seringkali mendapat anugerah pengarah atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan semester. Beliau turut dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik Kajian Tindakan yang diadakan di Balai Ilmu, Institut Perguruan Raja Melewar. Kejayaan manis yang tidak dapat beliau lupakan apabila dianugerahkan Ijazah Perguruan Bahasa Melayu Kelas Pertama ketika Majlis Konvokesyen Institut Perguruan Malaysia. Kini, beliau terus menabur bakti dalam profesion perguruan yang memang menjadi minatnya sejak kecil lagi. Beliau akan meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melihat anak-anak didik berjaya dalam akademik dan memiliki sahsiah yang bersandarkan agama.
PERKARA YANG SANGAT DIBANGGAKAN SEPANJANG BERGELAR PENDIDIK.
Menerima Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Institut Bahasa Melayu, 1997.
Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2005.
Menerima Anugerah Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, 2011, 2013, 2014.
Menjadi hakim pertandingan bahas, Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Port Dickson.
Menjadi hakim pertandingan bercerita, Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Port Dickson.
Menjadi hakim pertandingan pidato, Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Port Dickson.
Menghasilkan Jadual WAK(ACAT) dalam membantu murid membina ayat.
Dalam bidang penulisan, beliau sedang menghasilkan Modul Membina Ayat
Menggunakan Jadual WAK(ACAT).