sk chuah
Kelas 5 Bestari merupakan sebuah kelas yang paling ceria, bersih dan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mewujudkan kelas pdp Abad 21.
Menjaga keceriaan kelas adalah menjadi tanggungjawab semua murid dan selaras dengan moto kelas iaitu Kelas Kondusif Pelajar Inovatif . Kelas ini juga turut memenangi Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada setiap minggu. Kelas ini juga merupakan kelas showcase untuk pdp Abad -21 peringkat sekolah.
Meja dan kerusi disusun dengan teratur mengikut susun atur kelas Abad ke- 21 iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran. Selain itu , kelas ini turut dilengkapi dengan pelbagai aspek kemudahan seperti LCD projektor, komputer riba, pembesar suara, tools Abad- 21, sudut interaksi murid, sudut bacaan dan banyak lagi. Kemudahan ini disediakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik di samping menarik minat dan fokus murid ketika pdp berlangsung.
Guru-guru menampal hasil kerja murid-murid yang kemas dan cantik di sudut yang dikhaskan. Bahan – bahan ini ditampal supaya murid-murid akan lebih rasa dihargai dan mewujudkan persaingan secara sihat untuk menjadi yang terbaik di kalangan mereka. Sehubungan itu, sudut papan ganjaran dan behaviour chart juga turut memainkan peranan yang sama.