smk (felda) bandar baru serting
Kantin SMK Bandar Baru Serting (SMKBBS) telah mendapat gred ‘A’ di dalam penilaian pemantauan yang telah dilaksanakan. Kantin SMKBBS adalah merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh murid, guru dan orang luar yang berkunjung atas sebarang urusan ke SMKBBS. Kantin sekolah yang ceria memberi keselesaan kepada warga sekolah untuk menikmati hidangan dengan lebih menyelerakan. Penyimpanan serta penyediaan makanan adalah dijamin kebersihannya dan warga sekolah dapat menikmatinya tanpa rasa was-was akan keselamatannya. Kantin SMKBBS bukan sahaja tempat untuk menikmati juadah tetapi juga merupakan salah satu tempat yang berinformasi selain pusat sumber atau bilik-bilik khas yang lain. Secara tidak langsung, ia dapat menerapkan budaya ilmu dan menjana informasi berguna kepada warga sekolah. Para pelajar sentiasa dipupuk kesedaran dengan semangat cintakan kantin sekolah serta menanam sikap mementingkan kebersihan serta berdisiplin ketika berada di kantin. Ia selari dengan moto SMK Bandar Baru Serting iaitu ‘SEKOLAH KITA, WAJAH KITA’.