smk (felda) bandar baru serting
Di SMK Bandar Baru Serting terdapat pelbagai taman yang mempunyai lanskap yang menarik. Di antaranya ialah Laman Numerasi, Taman Biologi dan Taman Peribahasa. Lanskap yang menarik ini bukan sahaja untuk menceriakan kawasan sekolah, malah ia digunakan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran subjek yang berkaitan agar lebih menarik dan menyeronokkan. Semua warga sekolah telah bersama-sama bersatu tenaga merealisasikan lanskap ini untuk mencapai matlamatnya.