Mural Paling Kreatif
sjk(c) true light
Kami warga SJKC True Light bersatu hati untuk memmelihara alam dunia yang penuh dengan kegembiraan, keharmonian dan kebahagiaan. Kami menjalankan pelbagai Program Sekolah Hijau demi memberi pendedahan kepada generasi kita agar mencintai dunia yang indah permai. "Hijaukan Sekolahku, Ceriakan Hidupku" merupakan slogan yang dipraktikkan setiap hari semata-mata untuk memberi didikan dan galakan kepada semua murid agar menjalankan aktiviti hijau setiap masa. Aktiviti hijau termasuk kitar semula, pengasingan sisa makanan, pengumpulan minyak masak terpakai, pengendalian kompos, penanaman pokok-pokok dan penjimatan penggunaan air dan elektrik. Kebersihan dan keceriaan sekolah telah mewujudkan suasana sekolah yang kondusif baik untuk pengajaran dan pembelajaran. Marilah kita bersama-sama menikmati keindahan alam dunia yang harmoni dan tenteram semoga hidup sihat dan aman damai. Akhir kata, sampaikan CINTA yang tak terkata "Sekolahku Syurgaku, Duniaku Hatiku"
855604 undi