Sarana/PIBG Paling Hebat
sjk(c) perempuan china
Pasukan Pengawal Trafik Sukarela Ibu Bapa SJK(C) Perempuan China Pulau Pinang ditubuh pada tahun 2014. Tugas utama ialah memastikan keselamatan murid-murid sekolah terjamin dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya pada waktu pagi dan semasa lepasan waktu persekolahan pada waktu petang dan senja. Pasukan ini bekerja di bawah terik matahari dan juga hujan lebat. Ibu bapa mengawal lalu lintas di petak kuning tanpa mengambil kira keselamatan diri. Atas usaha pasukan ini, kesesakan lalu lintas yang berjam-jam lamanya telah diselesaikan dalam masa 5-10 minit. Sehubungan itu, semasa menjalankan tugas, pasukan pengawal trafik dapat menjalin hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa dan seterusnya memupuk semangat kerjasama kekitaan di kalangan ibu bapa, pihak sekolah, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Ini telah memenuhi Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Pasukan Pengawal Trafik Sukarela Ibu Bapa dalam tahun 2014 hanya mempunyai 18 orang ibu bapa sebagai peserta. Mulai bulan Mei tahun 2015, setiap waris atau penjaga dijemput untuk menjadi sukarelawan trafik sekurang-kurangnya sehari setahun. Tindakan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa sekolah. Tahun ini ahli pasukan trafik telah meningkat ke 125 orang sebagai ahli tetap yang akan mengetuai ibu bapa lain. Setakat ini, 80% ibu bapa telah menjalankan tugas mereka dengan memuaskan. Pasukan Pengawal Trafik Sukarela Ibu Bapa ini telah ditemuramah dan disiarkan di NTV7 dan suratkhabar. Pasukan ini memenangi Anugerah Program Inovasi pada tahun 2015. Ahli-ahli Pasukan Pengawal Trafik Sukarela Ibu Bapa juga telah menangkap pencuri bagi pihak polis pada 27 Julai 2016. Pasukan ini dilantik oleh State Councillor sebagai teladan terbaik untuk mempromosi program trafik kepada sekolah lain. Pasukan ini juga dilantik sebagai ikon Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PPD Timur Laut Pulau Pinang. Selain itu, PIBG SJK (C) Perempuan China juga memberi sokongan kepada sekolah dari segi kewangan, keselamatan, kebersihan, kebajikan, perancangan aktiviti membentuk sahsiah dan sebagainya. PIBG bergotong-royong menceriahkan sekolah, menjalankan program kitaran semula, mengutip derma, merayakan Hari Kanak-kanak, perayaan Kuih Bulan, mengadakan kelas komputer, "smartclassroom" dan alat penghawa dingin untuk setiap kelas, membayar bil eletrik, sumbangan untuk pelbagai pertandingan negeri, kebangsaan dan antarabangsa, membayar yuran jurulatih dan banyak lagi.
2180577 undi