Pusat Sumber Paling Inovatif
sjk(c) shih chung cawangan
Pusat sumber sekolah saya ialah tempat yang paling ramai dikunjungi oleh murid-murid. Biasanya, segelintir murid akan duduk di atas sofa sambil membaca surat khabar. Melalui surat khabar, kita dapat mengetahui isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara. Lantaran itu, murid-murid biasanya digalakkan untuk mengunjungi pusat sumber untuk membaca surat khabar. Selain itu juga akan diadakan pertandingan kuiz berkaitan isu-isu semasa setiap tahun untuk memilih murid-murid bagi menyertai pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh Sin Chew. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para murid.
Pusat sumber juga mempunyai kemudahan komputer yang lengkap. Murid-murid dapat menggunakan komputer untuk memperolehi maklumat yang terkini untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Murid-murid boleh menyelesaikan soalan dengan menggunakan komputer. Selain itu, murid-murid juga menggunakan komputer untuk menyempurnakan tugas atau kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Murid-murid juga boleh menggunakan komputer ini untuk membuat persediaan dalam sesuatu pertandingan. Komputer telah banyak membantu para murid dalam pelbagai masalah. Pusat sumber juga mempunyai sistem yang stabil untuk menjalankan proses peminjaman dan pemulangan buku. Di samping itu, pusat sumber juga mempunyai penghawa dingin supaya murid-murid yang berkunjung ke sini berasa lebih selesa.
Dalam era teknologi ini, banyak kanak-kanak dan remaja telah asyik bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Untuk memupuk minat membaca dan menjadikan membaca sebagai rutin dalam kehidupan seseorang murid, pihak pusat sumber telah mempromosikan aktiviti membaca bersama. Murid yang berminat boleh datang ke pusat sumber untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelab membaca bersama. Ahli kelab membaca bersama akan membaca sebuah buku bersama-sama, berkongsi pendapat, membuat resensi buku dan laporan NILAM. Murid yang berbakat akan dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai NILAM. Melalui aktiviti ini, saya telah dipilih oleh guru bertugas untuk mewakili sekolah. Saya telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan NILAM peringkat daerah dan juga negeri. Saya juga berpeluang untuk menyertai pertandingan NILAM peringkat kebangsaan. Pada pendapat saya, pertandingan ini amat berfaedah kerana dapat mengalakkan peserta untuk mengamalkan amalan membaca. Pertandingan ini telah meningkatkan penguasan saya dalam bahasa Inggeris. Pertandingan ini juga menyebabkan saya menjadi seorang yang berdikari, berdisiplin dan berusaha. Oleh demikian, saya akan mempromosikan pertandingan dan program ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua murid. Pihak pusat sumber juga akan memberi hadiah kepada murid-murid yang mendapat pengiftirafan dalam program NILAM sebagai langkah pengalakkan. Guru-guru juga akan mengajar murid-murid untuk menulis laporan NILAM dan menjalankan aktivit Rakan Pembaca. Pusat sumber sekolah saya juga mempunyai pelbagai jenis buku yang menarik. Murid-murid boleh menghabiskan masa lapang dalam bilik yang selesa ini untuk membaca. Bak kata pepatah, “membaca adalah kunci kejayaan”. Terdapat banyak buku rujukan di pusat sumber sekolah saya untuk membantu murid dalam pelajaran mereka.Jadi, murid-murid dapat menjimatkan wang mereka terutamanya pada zaman influsi ini. Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengunjungi pusat sumber yang paling inovatif ini. Sememangnya, sejak saya datang ke sini untuk membaca, penguasan bahasa saya dan juga kemahiran menulis saya semakin maju. Menarikan? Marilah berkunjung ke pusat sumber sekolah saya untuk menggunakan kemudahan yang lengkap lagi selesa ini.