Pusat Sumber Paling Inovatif
smjk phor tay (cf)
Gambar 1 merupakan rekod MMI dalam laman VLE 1BestariNet.Borang MMI telah direka melalui Google Form dalam Google Drive PSS, kemudian diembed masuk ke laman VLE sekolah. Setiap guru perlu mengisi rekod ini melalui akaun VLE masing-masing selepas menggantikan waktu guru yang tidak hadir. Melalui rekod borang ini, PSS dapat mengumpul data untuk membuat analisis tentang bilangan waktu ganti setiap guru. Tambahan pula, rekod ini juga memudahkan pihak pentadbir memantau pelaksanaan MMI di sekolah ini. Gambar 2 merupakan tempahan bilik khas dalam laman VLE 1BestariNet. Sekolah ini mempunyai lapan bilik khas. Oleh itu, PSS telah menyediakan lapan borang yang berasingan melalui Google Form dalam Google Drive PSS, kemudian diembed masuk ke laman VLE sekolah. Setiap guru yang ingin menggunakan bilik khas untuk tujuan PdP atau aktiviti lain, boleh mengisi borang tempahan ini melalui akaun VLE masing-masing. Cara ini dapat mengelakkan masalah percanggahan masa penggunaan bilik khas antara guru. Selain itu, PSS juga dapat membuat analisis penggunaan bilik khas mengikut bulan melalui pengumpulan data borang ini. Di samping itu, penggunaan dua jenis borang ini, iaitu borang MMI dan borang tempahan bilik khas dalam laman VLE, dapat menggalakkan guru-guru menggunakan VLE 1BestariNet. Seterusnya, dapat meningkatkan peratus penggunaan VLE dalam sekolah. Gambar 3 merupakan sudut Netbook di PSS. Sudut ini telah dilengkapi dengan kemudahan internet dan juga disediakan headphone. Murid cuma perlu meminjamkan Netbook dari kaunter sirkulasi PSS dan menggunakan Netbook tersebut untuk menyiapkan tugasan sekolah sama ada secara online atau offline di sudut tersebut. Penggunaan Netbook adalah tidak terhad masanya selain waktu rehat PSS. Selain itu, PSS juga menyediakan perkhidmatan cetakan untuk murid.
542120 undi