smka (p) alawiyah
Terdapat pelbagai mural yang unik di SMKA (P) ALAWIYAH KANGAR. Untuk Anugerah GPS Bestari ini kami menghasilkan satu lagi mural unik dan kreatif iaitu mural terbalik. Mesejnya ialah janganlah kita mudah berkhayal sewaktu P&P dijalankan kerana akan menjejaskan fokus kita di dalam kelas. Mural ini mendapat sambutan positif pelajar serta guru dari dalam sekolah mahupun sekolah yang lain. Sesiapa yang bergambar dengan mural ini pasti akan kelihatan terbalik. Cubalah.
Bukan mural ini sahaja yang unik, sekolah kami ada mural tertinggi di perlis iaitu dilukis setinggi 3 tingkat yang bermesejkan keselamatan jalan raya, mural 3D seperti mural aksi beruang teddy merajuk yang menjadi penghias dinding tandas ceria kami. Ada juga mural 3D SonGoku dari siri animasi Dragon Ball yang kelihatan keluar dari dinding pecah. Datanglah ke sekolah kami untuk menyaksikan mural-mural unik ini.