sk cheneh baru
Cikgu Ruslan bin Muda merupakan seorang guru yang bertugas di SK Ceneh Baru. Beliau merupakan pengerusi guru muda daerah Kemaman. Beliau juga merupakan pengerusi teknik ragbi rimau negeri Terengganu. Selain itu, beliau juga sangat aktif sebagai DJ jabatan dan juga majlis-majlis rasmi tempatan dan badan sosial. Beliau seorang guru yang happy go lucky sepanjang berada di SKCB. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai moderator dalam program bual bicara semasa sambutan hari 2016 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Beliau juga merupakan peserta Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 dengan tajuk "Islam dan Generasi Muda: Cabaran dan Harapan" yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Cikgu Ruslan juga Merupakan salah seorang peserta Seminar Bersama Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra Universitas Pendidikan Indonesia yang telah diadakan pada 2 mei 2015 di Isola Resort Indonesia. Beliau memang seorang guru yang aktif dalam semua bidang. Semoga beliau terus cemerlang.