Mural Paling Kreatif
sk cheneh baru
Transformasi Terengganu Baharu merupakan tagline kerajaan negeri Terengganu bagi meningkatkan/ mengubah persepsi rakyat Terengganu melalui lapan prinsip utama iaitu:1- Inklusif (suara rakyat suara keramat),2- Masjid dan Surau (lambang penyatuan), 3- Keluarga bahagia (rakyat sejahtera), 4- Integriti (Bersih dalaman dan luaran), 5- Mesra (tapi tegas), 6- Disiplin (kerja yang tinggi), 7- Seruan perpaduan dan 8- Memperkasa Pendidikan. Melalui Prinsip kelapan iaitu memperkasa pendidikan kerajaan Terengganu bersama Jabatan Pelajaran Terengganu berhasrat untuk melahirkan model murid Terengganu Pasca 2020 berdasarkan kehendak :Pandai Solat, Pandai membaca Alquran, Pandai Komputer, keyakinan dan harga diri yang tinggi, Mengamalkan budaya menarik, mahir berbahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Berani berhijrah demi kerjaya, Sanggup menceburkan diri dalam kerjaya mencabar dan Menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam dan swasta di peringkat pusat dan antarabangsa. Inilah impian rakyat Terengganu, Kerajaan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Terengganu.
108923 undi