Cikgu Paling Popular
sk mangkok
En Sukri bin Jusoh merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Mangkok. Beliau yang dilahirkan tanggal 25 Disember 1977 merupakan anak ke 6 daripada 11 adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kg Buluh dan merupakan murid yang sentiasa mengharumkan nama sekolah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Elektronik dari UTM pada tahun 2002. Beliau mula berkhidmat di SK Mangkok pada 2006 dan merupakan seorang guru yang aktif di peringkat sekolah sehinggalah ke persada antarabangsa. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011 ini merupakan Ketua Penggerak Guru Muda 1 Malaysia Daerah Setiu dan telah berpeluang menyertai Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 di samping sering menerima jemputan sebagai fasilitator dan penceramah bagi matapelajaran Sains UPSR Sekolah Rendah.
1669047 undi