Pusat Sumber Paling Inovatif
sk mangkok
Pusat Sumber medan ilmu,indah menarik pandang tak jemu. Pusat Sumber SK Mangkok merupakan salah satu pusat tumpuan murid-murid SK Mangkok. Di samping dapat menambahkan ilmu melalui pelbagai sumber ilmiah yang boleh didapati di Perpustakaan, murid-murid juga didedahkan dengan penggunaan bilik maya oleh guru-guru semasa pdp dijalankan. Hiasan berwarna-warni di samping hamparan kata-kata hikmat di setiap pelusuk pandangan, berjaya menambah semangat dalam diri murid-murid untuk terus menjadikan buku-buku sebagai teman setia.