sk mangkok
Sekolah Kebangsaan Mangkok merupakan sebuah sekolah kurang murid yang terletak di Setiu,Terengganu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang aktif dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dalam sarana pibg.
Pada 15/8/2016, SK Mangkok dengan kerjasama PIBG sekolah telah berjaya menganjurkan Program Ayuh Gempur Aedes, sebagai salah satu aktiviti yang djalankan untuk Pertandingan Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Di samping itu,PIBG sekolah turut bersama-sama bergandingan dengan warga SK Mangkok menjadikan persekitaran kawasan sekolah lebih cantik dan indah dipandang mata. Pelbagai barangan terpakai seperti tayar, tempurung, sabut kelapa dan botol plastik ditransformasikan kepada model haiwan hiasan, cendawan dan pasu bunga.
Seterusnya program senamrobik anjuran PIBG SK Mangkok bersama warga dan penduduk Kampung Mangkok telah diadakan bersempena Program Ayuh Gempur Aedes baru-baru ini. Seramai kira-kira ,500 orang peserta senamrobik telah bersama-sama menjayakan program tersebut.